Kemas Kemas dan Kemas ~



Err errr err .. Alaaa sebenarnya tak tahu nak tulis apa ni dalam tempurung kepala ni seriously kosong sifar zero Urghhh apa nii apa nii ! Hmm okay la tetiba rasa macam nak cerita apa rutin harian yang aku buat sepanjang menjadi surirumah tegar serta kejayaan aku menjadi seorang penanam anggur yang berjaya puihh puihh ! haha -.- Yela disebabkan cita cita aku yang sangat besar untuk menjadi seseorang yang berjaya seperti yang telah disebutkan di atas , aku terpaksa laa buat kerja alaa yang  macam mak mak tu contohnya sapu sampah mop lantai sidai kain basuh kain basuh pinggan tu semua laa . Ini pun hasil dorongan Hubby aku yang bertungkus lumus kejutkan aku and ajak kemas rumah sesama Aloloo sweet nya awokk ni *walaupun kadang kadang bukan nya aku bangun pungg hehe :p Selalunya dia dah habis kemas rumah baru lerr aku nak start hahaha . 

Tapi kan aku ni ada satu habit yang bila mana nampak jea benda tu bersepah , aku akan terus BUANG . Haha itu laa masalahnya sape suruh letak rata rata so kalau rasa benda tu nak guna lagi pandai pandai ahh simpan elok elok molek molek . Apa ingat aku ni apa nak jaga semua benda dalam rumah ni cehh mentang mentang aku duduk rumah kan . *marah nii marah nii ~ Haa salah satu contoh terdekat is adik aku . Dia laa yang paling tak pandai nak jaga barang suka letak barang merata rata . Mengarah pandai suruh aku kemas bilik dia okayy tu tak kisah laa tapi bila bila ada barang hilang jangan nak ngada ngada tanya aku hahaha Confirm confirm laa dah mendarat kat tong smpah . Sebab tu laa kadang kadang mak aku akan check balik barang barang yang aku nak buang and then dia akan cakap ". .  laa kenapa buang ni boleh guna lagi simpan je bla bla blaa . . ." Abih tu dah tau bole guna sepah rata rata kenapa and bila mama aku cakap bole guna lagi , bermakna benda tu akan disimpan sampai kesudah dan akan diGUNAkan LAGI mungkin 5 tahun akan datang -.- Daripada buat semak rumah aku yang memang dah semak samun lebih baik buang aje kan Semak mata memandang semak lagi hati aku ni haa yang penat penat kemas ~ Moral of the story ialah Jagalah benda yang anda sayang sebelum saya nampak dan buang nya ke dalam   ~

Yang menjalankan tugas, 
                 Pengurus Majlis Bandaraya yang Comel.

No Money ? Talk To My Hand ~


* I Like Money but Money Doesn't Like Me *

". . .Ehh korang korang jum lepak midvalley sabtu ni bowling bowling tengah hari lampu disko warna warni ooohh , then makan jalan jalan window shopping bla bla bla ... " -micak buat cadangan . Okay korang LISTEN ! LISTEN ! LISTEN ! Sorry korang seriously tak bole nak join sebab tengah miskin tahap kedana poket kering kontang dah ni Wuuu Wuuu : / Gila lahh mentang mentang kawan kawan aku ni loaded loaded Aiyooo 0_o Jap jap aku tengok purse * Fuhh fuhh berabuk dah ni * bukak bukak Wehh apesal lalat jea yang terbang ni ~ Gila sadis hidup aku sekarang Wuuwuuu sobb sobb Aku tengah tunggu sekebun durian runtuh tapi tahun bila nak runtuh pung aku tak tau Tak pun tunggu jela duit tu keluar dari celah celah dinding rumah aku ni kea Woaahh gila awesome ~ -.- Haha apa boleh buat dah kerjaya aku sebagai surirumah tegar dah sebati dalam diriku ini *ayat redha jea Takpelah nak buat macam mana kan practise jadi wife orang apa salahnya Kalau aku kerja pung siapa nak sapu sampah mop lantai basuh kain sidai kain tu semua kat rumah ? sebab mama aku pun kerja so aku la kena buat semua ni . Ehh actually kan kat area rumah aku ni ada 99 speedmart baru bukak tauu and of course laa dia nak cari pekerja kan Dalam hati aku yang ada taman bunga serta rama rama yang berterbangan ni ada la jugak nak kerja kan tapi takpe lah nanti takde siapa pulak nak buat kerja rumah semua ni Yela ma aku penat penat balik kerja kena masak kemas rumah lagi Haihh kesian la kan so aku pendam kan jela hasrat hati nak kerja ni Wuuuu : < Maybe ni jela cara aku nak berbakti kepada kedua ibu bapa ku serta menjadi anak solehah puihh *Ayat mintak nak kena rejam dengan selipar jepun budak nihh ~ Haha nak buat cane kan Okayy berbalik kepada cerita diatas , sememangnya aku tak boleh join korang disebabkan masalah kewangan dan kegawatan ekonomi serta krisis hidup yang dialami oleh aku : 3 Minta maaf sangat sangat Yela aku nak topup pun terpaksa mengendeng ngendeng mintak simpati kat mak aku . Haha lagi satu kes time adik adik aku nak pergi sekolah then mama pesan jangan lupa bagi duit belanja Wahhh masa tu serious rasa nak nangis sebab aku sendiri tak dak duit dalam tangan memang ada telur ayam jea woihhh RM o.o1 lepas tu korek korek ada lahh jugak duit Fuhhh ~  
Aku hanya mampu menunggu duit jatuh dari langit -.- 

Sekian , nukilan hati seorang penanam anggur profesional .

People Change , Memories Don't



WEBMISTRESS vs WEBMISTER
 

Kali ni nak post pasal apa ehh ? Aduhh idea idea please come to this super- duper cute little blogger puihhh ! haha seriously takdak idea nak tulis apa tapi disebabkan Hubby aku ni angin dia dah macam bertiup sepoi sepoi bahasa dah buat aura aura merajuk sentap gitu terpaksa la jugak gagahkan mata aku yang dah nak rabak tak tido tido dari 4 pagi tadi Wahh wahh dear mata yang cantik menawan , please be nice to me o.0 hahaha . Kali ni nak cerita How I met My DROP-DEAD Gorgeous Hubby nihh auww auwww gitu lohh :* Nak kata love in the first sight pun takde la jugak kan sebab berapa kali aku tengok dia tapi tak jatuh jatuh pungg Haha . lama lama tu baru laa fell in love-ly :D jangan nak sweet sweet ngat aihh ~ * Muntah pelangi Okay la first time kenal dekat facebook Wahh cinta mukabuku lah konon konon Pelik kan satu sekolah satu batch tapi dekat facebook jugak kenal nya Haihh yela masa tu aku freshie kat SERATAS ni memang tak menyempat pun nak usha sesiapa even batch sendiri . So sebenarnya dalam diam diam Hubby aku ni admired kat aku * ececehh bangga sekejapp Tu pun based on apa yang diceritakan oleh Hubby aku laa ni pun aku ulang tayang balik jea apa yang dia cakap ni . And then our puppy love begin .. Masa tu aku anggap cinta masa sekolah ni cinta monyet jea yela sebab tu masa tu fikir nak seronok aje kan . And aku fikir ishh macam complicated jea long distance relay sebab Hubby aku ada cakap dia takut dia jea yang bertepuk sebelah tangan and aku pun dengan selamba badak yang tak ada perasaan cakap dekat dia Don't hope on me too much Ya Allah kejam nya aku mesti masa tu dia rasa macam HOPELESS gila dah kan . *sorry my dear . After a couple month Hubby aku ni tunggu sampai ada part yang dia frust menonggeng gila , finally He's MINE ! He stole my heart and I'm planning for revenge so I'm going to steal his last name . Haha mula mula couple tu memang la sweet sweet bagai sampai kalau ada lori depan mata pun tak pandang dah Konon dia la paling handsome kan hahaha Bila ingat ingat balik kan adalah dalam 5 bulan knowing each other baru lahh berani nak calling calling wahh wahh betapa lama nya tu kan Haihh nak buat macam mana kan yang sorang tu malu malu yang sorang lagi pulak jual mahal * Ishh ishh siapa lah tu kan Lelaki ni senang rasa tercabar ? Betul kea entah la sebab aku bukan lelaki so kena la tanya yang tuan empunya badan sendiri kan  Perasaan aku ? Haha memang la jual mahal padahal dalam hati ni malu tapi mahu Cehhh masa ni dalam hati ada bunga bunga laa jugak even belum couple lagi tapi we were really closed dia ni macam teman tapi mesra aku lahh gitu haha . Seriously we had go through many obstacle but yet we still getting back and loving each other . I'm the most luckiest person as I've been given someone that mean so much to me ! 
Dear You,
       I am strong enough to remain FAITHFUL in a long distance relationship .

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

So kali ni bermula lah pengembaraan seorang lelaki yg bertungkus lumus untuk mngambil hati orang punya blog ini ! hahahaha...*macam pelik kan ==" .Sebenar benar nya aku ni webmister  blog ni *eceewahh :p Alaaa ni pun terpaksa dan dipaksaan oleh hunny saya ni. Nasib baik la sayang,kalau tak titew tak main la blog blog ni aihhh.hahahah. Entah pape la nk tulis ni,err...emmm..ishhh..alaaa..aihhh..*bnyak ngat aihh mngeluh ni . Okay daa dpat dah idea ni *wink wink Haa,sbanar nya cita dia lagu nihh . First meet la katakan waktu prjumpaan hape idok teman pun tak tau laa. Teman nengok le si hunny ni. Amboih kerek nye dia ni *hati berkata kata la sngat Lepas tu idok brani le teman nok negur si dia ni sbb malu satu ehh bukan satu je mcm mcm prasaan  kuca kacir hape entah :p Waktu tu takde prasaan lagi and then satu hari ni.(ringkasan) teman mintak la number tapi tak di layan. takpe la nk buat mcm mna kann. Lpas tu ber IM aje di mukabuku. Lame la jgokk sampai satu hari tetiba dpat number tu *dari langit kot :p Dah dpat number fon tu okay texting mcm biasa lama la jugak sehingga terkeluar sesuatu perasaan yg dipanggil C I N T A *wahh wahh !! Kat situ la bermula nya titew nk flirt kan hati nya tapi tak dapat. And macam macam la sampai la jadi Sebuah couple :p and so on and go on and on line ==" Tapi dasyat gila relay ni,bnyak kali dah kecundang tapi still getback. And lastly kite pungg menganggap relay ni Insya-Allah bole kekal dngan izin Allah S.W.T. hahaha, first time tulis blog and feel ohhsem dude :D Cukup la ni nnti nnti la pulokk yea mana tau idea mencurah ke ladang gandum nanti bole la tulis smpai blog ni pungg takde space nk tulis dahh
  
things end but memories last forever  
Tak ada peraturan dalam dunia kalau kita suka ada seseorang, seseorang tu kena suka pada kita balik. Ada jodoh, adalah. Tak ada jodoh, kawan saja.

Allah janjikan bahagia itu untuk semua ツ

Deep Inside


~It SUCKS when you're being ignored by the person who adores you~

Tetiba rasa sedih pulak bila hubby aku cakap dia rasa macam aku dah IGNORE dia . Yeke ? But i dont think so sebab aku pulak rasa sebaliknya  Aku rasa aku yang kena ignored. Ehh ehh pening la siapa yang ignore siapa nihh adoyaii -.-' Tak kisah la tapi totally its tough when someone special starts to ignore me and its even tougher to pretend that i dont mind Urghh sobb sobb :'( yelaa kadang kadang maybe kita dah biasa rasa dia bagi fully attention dekat kita and bila terkurang sikit mula lah rasa being ignored. Hubby i thought that it comes when we had a little argument that day bout _____ right ? Act kite pun rasa benda yang sama laa sekarang ni pun bila nak cakap rasa macam i have to really mind my word sebab takut awokk terasa hati so the best things is SILENCE-TREATMENT maybe ? lagipun ni semua salah aku Eeeii bodoh betul pergi buat benda yang kalau aku sendiri kat tempat dia pun aku akan TAK SUKA . This time I admit that 1oo percent is all my fault . Repeated - MY FAULT ~ What i can do is just say sorry Ehh ingat dengan SORRY tu everything will be back to normal ?? okayy la maybe tak semudah tu nak lupakan tapi seriously i have no idea a to bring everything back to normal . __ . Apa lagi yang aku boleh buat haihh serba salah aku dibuatnya takpe la aku akan cuba treat him like usual as i love him as muchh as before :) Not much to say , A relationship with no trust is like having a phone without service , you just play games . Sometimes I gotta accepted the fact that certain things will never go back to how they used to be .


Simple Rules For Long-lasting Relationship

  • Don't ever give up
  • Don't be too emotional
  • Don't make things complicated
  • Don't be a grown up
  • Don't take things too seriously 
We are not couple but yet loving and comforting each other

' ... cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan dia sebelumnya . Kisah silam tidak perlu diungkit lagi jika kita betul betul ikhlas menerima nya.... '

Love Knows No Distance


Things I Love About You
  •  Your smile
  • When you call me every night
  • When you say I Miss You  
  • Hearing Your voice before I go to sleep
  • Your 'Yayang,bangon' text
  • Your laugh
  • Your voice
  • Most importantly I do love everything about you
Cinta Pertama adalah Kenangan
Cinta Kedua adalah Pengajaran
Cinta Terakhir adalah Selamanya 
 
Wahh apa ni cakap pasal cinta cinta ni haihh nasib laa dah habis sekolah *Haha perasan diri dah besar sangat. Okay la apa tu Long Distance Relationship? Alaa cinta jarak jauh lebih kurang macam tu la meaning dia. Guess what sebenarnya aku sendiri tak percaya long distance relay ni tapi last last kena kat batang hidung sendiri. AUCHH ! Haha tu masa dolu dolu yelahh masa fikir nak seronok jea but now sekarang dah  pandai dah berangan nak ada future life semua tu ~ omaigodd omaigod omaigodd! ~ Sebenarnya tak ada lah complicated sangat relay macam ni sebab bagi aku Distance doesn't matter if you really love the person, what matters is your honesty and trust for the relationship to work outTak kea rasa bila dah jauh tu baru laa ada rasa rindu kan? Ni asyik tengok muka cekodok dia hari hari pun boleh muntah jugak haha *Sorry bie I didn't mean its youu okay :D Haha walaupun hubby aku ni selalu laa jugak berangan kalau duduk dekat boleh la selalu jalan jalan kat taman laa apa ingat ni zaman 8o-an ke Seiring Sejalan Seindah Bunga Di Taman tu * Haha kesian hubby dipersalahkan lagi . Sekurang kurangnya boleh laa elak kita daripada buat benda yang tidak elok lagi kurang manis kan . Kadang kadang memang la terasa rindu gila macam nak GO DIE tapi nak buat acano den tahan jelahh.
Ada jugak orang cakap relay macam ni senang. Senang nak curang OhMyyyy ! tak jugak depends dekat how they manage on their relay jugak. Kalau one side jea yang asyik terus jaga terus nak pertahankan tapi the other side pulak buat tak tau jea tak boleh jugak kan :) Alaa sekarang kan banyak jea kemudahan such as SKYPE WHATSAPP VIBER *sekarang aku pengguna setia benda alah ni hahaha Alaa macam macam lagi laa kan benda ni pung free jea tapi nanti bil letrik laa kan yang tinggi dok pasang WiFi ni siang ke malam ke siang balik Hee ~ Dapat la jugak lepas rindu daripada tak dapat langsung kan. Aku pung dah lama gila tak jumpa Abang Sayang aku ni Haiyoo lama dah dekat 3 bulan haha nak buat macam mana dah jodoh jauh. Jodoh kea? Insyaallah hanya mampu berusaha dan berdoa untuk terus kekalkan hubungan ni Together Forever, Never Apart, Maybe In Distance, Not In Heart
~ Doaku untuk mu ~
Ya Allah sekiranya _____ adalah jodohku ,
kau kuatkan lah jodoh ikatan kami ini .
Namu andainya ______ bukan jodohku
maka kau temukanlah aku dengan orang
yang lebih baik untukkku
Allahumma amin
Allahumma amin
Allahumma amin 
Allah has already written the name of your spouses for you . 
What you need to work on is your relationship with Allah .
He will send Her / Him to you when you're ready .
     



    

Kenapa Dan Mengapa

AWAK MERAJUK ?  


Ada sebabnya kenapa kadang kadang bila kita pujuk seseorang tu, orang tu macam tak makan saman je haihh mula lahh rasa nak naik angin ribut taufan jugak kan. Yelah satu kerja la pulak asyik nak mengadap rajuk dia je apa kerja pun tak jalan. Cuba kita kaji balik maybe ada sebab nya kut. Antaranya ;

  • tidak berniat dalam hati bahawa "ku pujuk ini adalah utk memulihkan keadaan hubungan kami"
  • tidak berbuat kerana keikhlasan. *rasanya dah cukup ikhlas ni ._.
  • melakukan hanya utk membalas dendam. *Ehh ada kea nak balas dendam dgn cara memujuk?
  • bersikap putus asa selepas berbuat sekali dua usaha memujuk yang tidak berjaya.
  • mind set-bahawa, aku pujuk, aku buat ape pun, ia takkan mengubah ape2 pun 
Sedangkan batu pun boleh dilekukkan oleh air. inikan pula manusia berkepala batu. Hee~  cuma mungkin cara dan waktu tidak bersesuaian dengan pujuk rayu itu. Kita ni sebagai perempuan kena la jugak faham perasaan lelaki ni. Apa ingat perempuan jea ada HARD FEELING? Cehh lelaki pun ada laa waterfall dalam hati tuu jangan main main haaa . Diorang ni pun ada jugak sifat nak manja manja gedik gedik macam perempuan ni cuma tak tunjuk jea. But once diorang dah tunjuk haa sakit jugak laa kepala ni dibuat nya. entah entah diri sendiri makan hati. * I'm talking to the mirror okayy ._. *

 sesungguhnya, kaum LELAKI sebenarnya kaum yang paling kuat merajuk.

setuju
atau
tidak

KENAL PASTI DULU PUNCA
Yela kadang kadang kita ni bukan sedar pun apa yang kita cakap ni main lepas jea macam Riffle M16. malahan mungkin lebih hebat kut sebab tu la - Terlajak perahu boleh diundur Terlajak kata merajuk laa jawab nya. Aku pun bukan pandai sangat bab bab memujuk ni tapi yela kita tanya jela kan apa salah kita tapi masalah jugak bila dia kata takde apa apa. Haa sudah tentu ini akan boleh mendatangkan marah yela tak kan tak ada ribut tak ada taufan tiba tiba nak merajuk kan?

BERIKAN RUANG UNTUK DIA 
 Haa bila kita bagi ruang dekat dia, baru lah dia rasa Ehh patut ke aku merajuk lama lama buat apa nanti rindu dapat ada lahh *mungkin laa kut diorang fikir camni sebab aku pun bukan tau sangat dalam waterfall lelaki ni haha. Kalau dia rasa tak patut,dia sendiri akan approach kita and say sorry bout what happened and bla bla bla bla ~ Kalau dia rasa patut merajuk haa pandai pandai laa pujuk SENDIRI MAU INGAT.

JANGAN TANYA APA APA
Seboleh boleh nya jangan tanya apa apa. Biar dia cool down dulu lepas tu nak tanya tanya laa. Yela bayangkan kalau kita sendiri tengah frust lepas tu orang duk tanya macam macam tak kea rasa nak pecah muka dia tu. *Haha itu ganas tahap apa dah tu. Tak ada lah dia tengah serabut tu biar dia settle kan dulu apa benda yang tengah menyelirat dalam kepala tu baru lah kita table talk dengan dia kan kan?

GEMBIRAKAN HATI SENDIRI
  Woahh itu macam kah? haha yela tak kan la sebab dia frust merajuk sentap aku pun nak join the club? ohh no no ! buat apa nak layan perasaan yg dia frust aku pun kena frust jugak, bukan ada siapa nak pujuk pun. So the conclusion is kita gembirakan hati sendiri buat la apa apa yang kita suka daripada melayan perasaan yang akhirnya kelaut. Hahaha .

* To my Yayang dah dah tak payah nak hard feeling sangat lahh tu laa tadi nak merajuk sangat. Kita bagi space dia cakap kita merajuk pulakk. Haha tak ada makna I'm just too busy typing this entry and this is just the way to comfort myself back. Sorry Morry :)

Allah Is The Best Create

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang
 
 
* I wonder who will be my Imam *


  • Yang include me in a part of a big decision making. Yang boleh dibawa berbincang.
  •  Orang yang boleh membimbing saya ke jalan Allah. 
  • Yang boleh membuat diri saya lebih dekat dengan Allah. 
  • Yang sentiasa menegur dengan baik bila kesalahan dilakukan.
  • Orang yang tahu jaga maruah isterinya. 
  • Yang sentiasa menghargai segala usaha kerja isterinya. 
  • Yang memahami akan isterinya.
  • Bukan dengan orang yang pandang perempuan ni lemah and use that “I’m your husband. Disobey me and you’ll sin” power. And treat us more like a slave rather than their life partner.
  If someone says  I LOVE YOU FOR THE SAKE OF ALLAH, just reply with MAY ALLAH LOVE YOU AS YOU LOVE ME FOR HIS SAKE 

A woman dreams of a perfect husband
A man dreams of a perfect wife 
But They don't realize that Allah created them to complete each other . 

Ya Allah temukan lah aku dengan jodohku sebelum aku bertemu MU 
Ya Allah, aku mohon dekatkanlah dan cepatkanlah jodohku . 

Be A Good Servant

Allah tahu hatimu perit menahan luka 
Allah mendengar doa-doa dan tangisanmu meminta
Namun bukan kerana DIA tidak mempedulikan nasib hamba-hambaNya
Tetapi sebenarnya DIA sedang memberikanmu yang terbaik 
Walau kamu sebenarnya yang tidak menyedari
Bukan senang untuk redha dan pasrah
Hati perlu kuat dan tabah..
Yang pasti setiap yang berlaku ada hikmah
Jaga hati hiasi peribadi, bimbing jiwa dekati Yang Maha-Esa

Kadang kadang kita selalu mengeluh dengan apa yang jadi dekat kita. Sedar tak sedar kita dah menyalahkan takdir yang dah sejak azali Allah tetapkan untuk kita. Kenapa kita mengeluh sedangkan oksigen dekat muka bumi ni pun Allah yang bagi kita pinjam. Tangan Kaki Mata Telinga semuanya Allah bagi kita pinjam elok aje. Pernah Dia ungkit semua tu? Kita ni baru kena uji sikit dah mengeluh putus asa patah hati lah bagai. Aku cakap ni based on diri aku yang lemah ni. Baru dapat nikmat dunia sikit dah riak bagai nak heboh satu kampung apa dapat? Lepas tu tak reti nak bersyukur macam nikmat dunia ni hak milik kita selama lama nya. Bila diuji sikit Allah tarik nikmat kesihatan nikmat kekayaan baru lah sibuk sibuk nak ingat Dia. Ingat laa semua yang ada dekat muka bumi ni hak milik Allah kita sebagai peminjam kena sentiasa  bersyukur sebab kita antara umat-Nya yang layak merasai nikmat dunia sementara ni. 

 ♥ Recharged Our Iman Together

Tips Lupakan Ex

  • cuba jauhkan diri daripada dia
  • jangan cerita tentang dia kepada kawan kawan
  • buang nombor dia
  • cuba fikir tentang hal lain
  • cuba cari orang lain,yang boleh membuat kita gembira
  • sibukkan diri
  • kalau terserempak dengan dia,jangan pndang dia
  • jangan banyak termenung
  • remove dia dari friend facebook
  • jangan contact dia.
  • cuba cari ayat yang boleh buat lupakan dia
  • tumpukan perhatian korang kepada hal yng lain
  • cuba hang out dengan member member
  • jangan fikir dia tu bermakna bagi kita,fikirlah yang dia yang buat kita terluka
  • kalau ada picture dia buang jangan simpan
  • carilah kelemahan dia
  • buang barang yang pernah dia bagi
  • jangan dengar lagu yang sedih sampai teringatkan dia
akhir sekali,cubalah lupakan kenangan dengan dia,mmg la sukar,lagi lagi kalau kenangan manis kan . berkorbanlah untuk melupakan kenangan tu,supaya tak merasa,kesakitan dalam hati
http://i.ebayimg.com/t/I-STILL-MISS-MY-EX-BUT-MY-AIM-IS-GETTING-BETTER-motorcycle-vest-patch-biker-/00/s/MTA2NlgxNjAw/$(KGrHqRHJC4E-+qZ6wO!BP4ODZHu(!~~60_35.JPG

Tak ada istilah Dah Ludah Jilat Balik sebab kalau dah memang itu jodoh yang tertulis


Penyatuan Dua Jiwa



Kalau zaman sekarang mungkin susah laa kut kalau takde Harta Duit Kereta Rumah and so on kan. Yelahh sekarang ni semuanya kena pakai duit masuk toilet pun kena bayar sampai 2 hengget apakebangangsss sangat macam tu kan nak melabur pun kena bayar. Adehhh tu sekarang nanti DOPLOH TIGAPLOH tahun lagi tak tau la. Maybe ada jual toilet bowl serba guna laa kut bole lipat lipat senang nak bawak pergi mana mana -.- Haha aku laa orang pertama beli macam tu save duit sikit kan. Haha okay okay ni dah mengarut gila merapu meraban dah ni. Aku pun muda lagi sebenarnya nak cerita pasal kawin kawin ni omaigod omaigod omaigoddd ! *kipaskipasmuka :3 Haha tapi saja nak fikir masa depan yelah sekarang tengah JOBLESS sempat laa nak berangan benda benda ni semua nanti dah sambung study mana nya nak fikir benda ni kan. Mama aku pernah cakap, kita kena doa minta jodoh yang baik baik dari sekarang. So aku pun dengan semangat nya laa tiap tiap hari doa yang Abang Galah tu jodoh aku sampai bila bila :* Walaupun Jodoh kita dah tertulis di LUH MAHFUZ,tak salah kan kalau kita berdoa? Aku harap sangat hubungan ni sampai bila bila sampai hujung NYAWA. Dan aku berharap akan jadi BIDADARI SYURGA untuk dia dekat akhirat nanti. Apa yang aku nampak sekarang,dia banyak bimbing aku tolong aku berubah kearah kebaikan and totally WITHOUT HIM I'm NOTHING ! He gave me a lot of change in mine and now i'm HALF-DEAD rely on you bie :*) Kita dah janji nak berubah sama sama tegur mana yang salah and bila ada problem tu settle kan sama sama. Kenangan masa lalu mematangkan hubungan kita and banyak mengajar kita erti KASIH SAYANG KEJUJURAN DAN PENGORBANAN

Ya Allah sesungguhnya Engkau menciptakan umat-Mu Berpasang-Pasangan

Berubah kearah Kebaikan

  


Sebenarnya dah lama sangat sangat tak post entry tapi tiba tiba hari ni rajin pulak kan haha . Tertarik dengan Quotes kat atas ni Jahat dia dulu tak semestinya dia jahat pada masa sekarang. Manusia boleh berubah hati pun boleh berubah. Semua tu Allah yang pegang. Dan semua tu bergantung dekat diri kita sendiri nak berubah kea atau terus hidup dengan cara yg tak diredhai-Nya. Bila kita nak berubah jea,mesti ada halangan kan? Sebab tu la hati kena kuat,iman kena kuat baru boleh tetapkan hati. Aku pun bukan la baik sangat nak tulis entry bout islamic berceramah macam ustazah la bagai tapi sama sama la kita muhasabah diri kan. Tak salah kalau kita ajak orang buat kebaikan. And now aku tengah cuba utk berubah ke arah yang lebih baik Ins syaa Allah mudah mudahan . Ini semua hasil lepas kena Brainwash GilaGila dengan Yayang aku ni. Fuhh gila kaw kaw kena weyh mau nya rasa nak nangis tapi kuatkan jela hati kan. Kita nak berubah ni kena betul betul ikhlas baru laa boleh bersihkan hati balik.Semoga usaha aku yang suci murni untuk berubah ni berjaya laa :D