♥ Allah tahu hatimu perit menahan luka
♥ Allah mendengar doa-doa dan tangisanmu meminta
♥ Namun bukan kerana DIA tidak mempedulikan nasib hamba-hambaNya♥ Tetapi sebenarnya DIA sedang memberikanmu yang terbaik
♥ Walau kamu sebenarnya yang tidak menyedari
♥ Bukan senang untuk redha dan pasrah
♥ Hati perlu kuat dan tabah..
♥ Yang pasti setiap yang berlaku ada hikmah
♥ Jaga hati hiasi peribadi, bimbing jiwa dekati Yang Maha-Esa
Kadang kadang kita selalu mengeluh dengan apa yang jadi dekat kita. Sedar tak sedar kita dah menyalahkan takdir yang dah sejak azali Allah tetapkan untuk kita. Kenapa kita mengeluh sedangkan oksigen dekat muka bumi ni pun Allah yang bagi kita pinjam. Tangan Kaki Mata Telinga semuanya Allah bagi kita pinjam elok aje. Pernah Dia ungkit semua tu? Kita ni baru kena uji sikit dah mengeluh putus asa patah hati lah bagai. Aku cakap ni based on diri aku yang lemah ni. Baru dapat nikmat dunia sikit dah riak bagai nak heboh satu kampung apa dapat? Lepas tu tak reti nak bersyukur macam nikmat dunia ni hak milik kita selama lama nya. Bila diuji sikit Allah tarik nikmat kesihatan nikmat kekayaan baru lah sibuk sibuk nak ingat Dia. Ingat laa semua yang ada dekat muka bumi ni hak milik Allah kita sebagai peminjam kena sentiasa bersyukur sebab kita antara umat-Nya yang layak merasai nikmat dunia sementara ni.
♥ Recharged Our Iman Together ♥
No comments:
Post a Comment
Sila Tinggalkan Pesanan Anda :)