Kemas Kemas dan Kemas ~



Err errr err .. Alaaa sebenarnya tak tahu nak tulis apa ni dalam tempurung kepala ni seriously kosong sifar zero Urghhh apa nii apa nii ! Hmm okay la tetiba rasa macam nak cerita apa rutin harian yang aku buat sepanjang menjadi surirumah tegar serta kejayaan aku menjadi seorang penanam anggur yang berjaya puihh puihh ! haha -.- Yela disebabkan cita cita aku yang sangat besar untuk menjadi seseorang yang berjaya seperti yang telah disebutkan di atas , aku terpaksa laa buat kerja alaa yang  macam mak mak tu contohnya sapu sampah mop lantai sidai kain basuh kain basuh pinggan tu semua laa . Ini pun hasil dorongan Hubby aku yang bertungkus lumus kejutkan aku and ajak kemas rumah sesama Aloloo sweet nya awokk ni *walaupun kadang kadang bukan nya aku bangun pungg hehe :p Selalunya dia dah habis kemas rumah baru lerr aku nak start hahaha . 

Tapi kan aku ni ada satu habit yang bila mana nampak jea benda tu bersepah , aku akan terus BUANG . Haha itu laa masalahnya sape suruh letak rata rata so kalau rasa benda tu nak guna lagi pandai pandai ahh simpan elok elok molek molek . Apa ingat aku ni apa nak jaga semua benda dalam rumah ni cehh mentang mentang aku duduk rumah kan . *marah nii marah nii ~ Haa salah satu contoh terdekat is adik aku . Dia laa yang paling tak pandai nak jaga barang suka letak barang merata rata . Mengarah pandai suruh aku kemas bilik dia okayy tu tak kisah laa tapi bila bila ada barang hilang jangan nak ngada ngada tanya aku hahaha Confirm confirm laa dah mendarat kat tong smpah . Sebab tu laa kadang kadang mak aku akan check balik barang barang yang aku nak buang and then dia akan cakap ". .  laa kenapa buang ni boleh guna lagi simpan je bla bla blaa . . ." Abih tu dah tau bole guna sepah rata rata kenapa and bila mama aku cakap bole guna lagi , bermakna benda tu akan disimpan sampai kesudah dan akan diGUNAkan LAGI mungkin 5 tahun akan datang -.- Daripada buat semak rumah aku yang memang dah semak samun lebih baik buang aje kan Semak mata memandang semak lagi hati aku ni haa yang penat penat kemas ~ Moral of the story ialah Jagalah benda yang anda sayang sebelum saya nampak dan buang nya ke dalam   ~

Yang menjalankan tugas, 
                 Pengurus Majlis Bandaraya yang Comel.

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Pesanan Anda :)