Exam please be nice ~







Urghh macam mana ni exam less than 2 weeks more . Serius rasa takut gila babeng nihh 
*gaya macam ada kesedaran disitu tapi pffft -_- * . Memandangkan adik pun exam so
ada lahh geng nak study sesama ngehhngehh --> welcome sisto to my daily routine 
hostel life - stay up sampai tengah malam + dengar lagu + nescafe bercawan cawan 
haha ! Ajet ajet semangat jea ni tp tengok la malam nanti uhhh dugaan dugaan :3



# I WISH I COULD FIT A 8GB MEMORY IN MY BRAIN #


haha kalau laa boleh macam tu semua orang pun genius la kat dunia ni . Ayah cakap
" 3.5 mesti dalam tangan " Err setakat tulis kat tapak tangan buleh la kut hehe .
hmm hmm target nak 4 flat tp kalau gini la gaya nya tak kemana la Mimi oii .

 ~ Effort does not betray us . If it ever does it just means
you didn't put enough effort on it ~




Merdeka Raya ~



Haihh malas nya nak menaip so tengok gambar jelaa ehh haha .

Date : 1/9/2013
Venue : Depan blok unit
Time : 11-2 p.m
Event : Sambutan merdeka raya
Ayuni and Fitra :)

Fitra again and again haha

Ehh tengok apa tu mimi??

hantu camera betul depa ni ishhh

Suka buat muka kann

Alalaa roommate yg dua orang ni

semua tunjuk peace cepat !

Ngehhh ngehh terjumpa mell la pulak

Comel nya fitra :*

Hihi fitra forever alone nampak

Waahh fitra dah ada lover ??

sedap nya aiskrim Fitra nyummm 

Nampak tak Azha makan dgn penuh nikmat 

Guess what kitorang sama tinggi :3

Love you all !

Oooo cheeesee ~

Gwiyomi gwiyomi ~

 # Say Alhamdulillah , thank you Allah for my bestfriends ever #

Morning Walk ~



Waahh first time bangun awal and feel that time pepagi buta best ni
kacau org tido kan muehehee . Cehh padahal bebudak ni kemain nak 
bangun awal la senam robik bagai puiii :3 . So plan nak jenjalan pusing kolej
and wahh tak sangka scene atas bukit ni lawa bole nampak pantai gitu .
Bila dah jenjalan tak sah la tak snap pic kan mentang mentang la takde 
orang haa buat macam kolej sendiri pulak dah so enjoy :)

Friendship is like a precious flower , 
ready to bloom every hour ,
it may stop growing ,
or keep on blooming ,
but you still can have it forever


Iloveyouu till jannah :*
Say cheseeee :3
comei tak kak tul ??
Fitra and Atul . Gonna miss them :')
Me and Atul ~
Comel kan Fitra buat gaya mcm tu ? hihi ~

Meet my super-ayu roommate Fitra Izzati <3
Love them moon and back ~
wahhh sweet nya diaorang jelez ni !!

And last but not least , signboard simpang nak masuk kluster kolej . Walaupun
pemandangan luar nampak cantik , kalau tengok bangunan dia lagi cantik *krikk krikk
krikk krikk* haha . takpe la janji bole tido bole study cukup la kan <3


Terserlah ketinggian di situ :#

I'm single cehh promote sikit haha

Haa ni laa hasil berjalan sambil bergambar nama nyaa hee ~

 # Bestfriends are hard to find,harder to leave and impossible to forget #











Blog Bersawang


Wahh lama gila tak log in blog serius doh serius haha . Tadi pun dah macam
nyawa nyawa ikan dok ingat apokobondo ehh password blog ni haihh parok wehh.
wuuu kesian cik blog kan tuan tanah blog ni dah lama tak jenguk awak alalaa sorry
la yea tayangg tayangg kite dah busy sekarang tak sempat nak ngupdate nak 
membebel kat belogg nihh . Maklumlah dengan homework  ehh assignment betimbun
tak kira test tiap dua minggu aiyooo *sesungguhnya hamba insan yang lemah* ehh
apa kena mengena haha . Malam ni ada sambutan ambang merdeka cehh 
konon konon countdown la gitu haa . Maka kite and roommate kite pun bukan
main semangat la lagi nak pi tengok bunga api haha sabaq naa sabaq . Hmm nanti
hari ahad ada sambutan raya pulak nasib baik ikut kluster haa
bole la melaram gitu macam cik kiah kan youu kelas gitu kan . Dah la 
malas gila nak menaip ni esok lusa *maknaya dua tiga bulan lagi* 
update citer baru pulak hoho daa~
Tutorial,Assignment,Reports~

Bersyukur dgn result SPM ~


Alhamdulillah , walaupun result aku tak seGEMPAK orang lain tapi aku bersyukur .
Allah knows best Mungkin rezeki aku kat tempat lain .. tapi jauh disudut hati ni sedih 
la jugak sebab aku rasa aku tak dapat nak banggakan parents aku lagi tapi nak buat
macam mana redha aje lahh kan .. Nasib baik parents aku sangat supportive and now
aku dah boleh terima . Mungkin effort aku still tak cukup lagi or maybe sebab aku hanya 
jaga hubungan aku sesama orang lain tapi hubungan aku dengan Allah entah kemana ..
Lama aku muhasabah diri .. Bila fikir orang yang aku sayang - hubby aku , parents aku 
result seriously rasa sebak sangat . Tipulah kalau kata tak frust kan .. aku pun manusia
biasa yang ada hati dan perasaan hmm takpe lah nak buat macam mana mama pun cakap
takpe lahh janji dah usaha . Hmm lepas ni tak nak main main dah Rasa menyesal sangat.
Further study ni aku dah pilih course yang aku betul betul minat Insyallah kalau ada
rezeki dapat laa kan . Matrik ? rasa nya tak kut sebab aku rasa mcm tak mampu la
nak catch up the whole syllabus dalam masa setahun wow ! tak cukup genius lagi ni .
Dah laa aku ni pungg otak macam siput sedut sikit haihh karang naya jea kan . Prefer
u aje tak kisah laa u apa pun tapi harap sangat course yg aku minat tu dapat .

Life is a test . dear Allah ,sometimes its hard for me to understand what you
really want to happen .
But I trust you , I know you will give me the best 

Look back and thank Allah . Look forward and trust Him

Detik detik sebelum result 0.o




SPM : Semua Pelajar Menangis , Saya pun Merana , Study Pun Memain ,
Saya Pun Memohon , Sorry Papa Mama , Saya Pun Menyesal 

Last post sebelum nak jumpa hari esok . Duhh debar debar dalam hati ni tuhan saja yang tau
Seriously bila dok diam jea mula laa fikir macam macam . Kecuakan menunggu hari esok sangat 
laa terpancar bagai bulan purnama bersinar kat muka budak budak SPM 2o12 ngengg cuak
gila kottt ! Tapi yang tak tahan mak aku yang dok kalut ehh esok tak payah bawak apa apa kea
result trial kea IC kea sijil sijil kea Hamboihh ngalah nak jumpa Sultan Azlan weyhh.
Relaxx bonda ku terr comel lote , nak amik result jea pungg bukan nak pegi memohon sembah
kea apa . *bak kata ayahanda - bawak bawak bersabar . Haha lawak jea ~
Namun begitu haihhh rasa macam nak nangis pun ada ni , takut result aku ni nanti
still tak mampu nak membahagiakan ibu bapa aku hmm sebak laa pulak .
Harap harap result aku ni mampu buat mak ayah aku bangga dengan aku and walau apa
pun yang berlaku esok . Aku hanya mampu tawakkal dan redha . 
Gagal sekali tak beermakna gagal selamanya kan ?

Esok->Bangon awal->Solat subuh->Berdoa->Sebelum keluar rumah->
Salam ibu ayah->Mohon keampunan->Moga dapat keberkatan->Insyaallah 

*Miracle can happen*

Alahai SPM . Kau buat aku Takut !




 

".. Dan setelah kamu berusaha dan berazam , hendaklah kamu tawakkal kepada Allah .."

21 . MAC . 2013 - esok
Hahh Awak awak awak yang batch 95 tuh . tahu awak tengah dupdap dupdap kan kan ?
Aiyooo sama lahh kita beb . Huu seriously takot sesangat nihh . Ketaq lutut baq hang oii ~ 
Seriously rasa macam ohmyyyguchhhyy ! betul ke esok result dah nak keluar kenapa aku rasa 
macam baru lepas sobb sobb sedih dah habis paper BIO ? *tak sanggup lagi aku ... Uhukk uhukk 
aku rasa nak pengsan sekarang oiii ~ Debar jangan cakap laa sekarang hanya mampu redha dan
tawakkal *bak kata Zak . Haha wuuu gila menyesal dulu malas study plus study last last minute .
Ehh macam mana ni aku tak cukup tinggi and gemuk lagi ni nak mengadap kawan kawan aku nihh
Sesapa yang tegur aku dah gemuk tu memang aku tabik spring la serious aku belanja dia makan esok
hahaha bangga weyh dah gemuk ni ~

FAKTA

  • Ada pelajar yang bunuh diri akibat result SPM dia . Spm dia ok tapi dia rasa macam gampang. So,dia pi bunuh diri. Erk ! -.-
  • Yang jadi gila pun ramai gak time study kaw-kaw nak mampus sebulan sebelum exam SPM. Dapat SPM tak berapa best. Jadi gila terus
  • Ada jugak yang mak bapak tak tau nak letak muka bila result  anak dia tak berapa bagus. Ini berlaku pada ibu bapa yang elit punya orang. Golongan bangsawan kea keparat kea dan yang sama waktu dengannya .
  • Lari dari rumah sebab SPM teruk. Takut ayah marah ? Alasan ajer tuh. Nak ikut jantan pergi mana-mana ajer asalkan jangan balik rumah . Mohon rejam ini budak .

" .. dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, 
kekurangan harta dan jiwa.. "

 # Belajar bukan sebab nak periksa , tapi sebab Allah #




Emosi tak stabil ?




Haii susah betul bila demam ni seriously kerja aku rasa cam nak ngamuk sokmo . Sampai hubby aku tanya
"...ni asyik moody jea kenapa hah?.. " Entah laa sakit sakit ni emosi macam tak stabil tak terkawal 
Asyik rasa nak marah jea . then hubby aku pulak jadi mangsa kan tak layan sikit marah hee~
nak buat camne nak perhatian lebih cenggini lerr .
 Alaa bukan selalu demam nii time time ni
jela nak manja manja pungg hihi . Haha pelik betul tapi kesian jugak kat hubby aku ni yela bila
dia tak text mula laa aku sent text perli perli Haha saja cari pasal nak buat bergaduh Err
hobi kut tu laa mana taknya tengah tengah text tetiba senyap .
Ni bagi la tau dulu nak pegi mana mana
kea haa tak gitu ? Eeii sakit pulopp hati kite ni tauu ~ haha walaupun aku cakap aku okayy tp pada 
hakikat nya tuhan saje yang tauu : ) takpe laa takkan laa benda remeh pun nak besar kan .
baik simpan dalam hati jea takde la gaduh pulok nanti kan .
Rasa nak cabut hidung ni oii .
gila sakai comot cam anak orang asli dah aku ni Eeii dengan hingus nyaa oymyygoshh ! 
Nasib baik sakit kepala ni dah hilang kalau tak aku guna hammer laa jawabnya baru baik sikit kan.
Conclusion , jangan bagi diri anda demam sesungguhnya anda akan kelihatan SANGAT COMOT ~

Berjalan Sakan




Haha lama dah rasa nya tak ngupdate belog nihh . Almaklumlah sabtu lepas sakan berjalan pergi PWTC dengan kawan kawan Haihh memang menggila dengan diorang nii. 
Tapi worth sangat sangat laa even penat sikit seriously sape yang tak
pergi tu memang rugi .Karnival ni banyak exposed to kelebihan on each IPTA and IPTS yang ada kat negara kita nii .Alaa bukan kena buat apa pun jalan jalan then isi form
plus dengar jela apa yang orang tu nak 
cerita kan hee ~ Lepas tu bole pulak singgah dekat satu tempat ni nama dia Beauty Lady kalau tak
silap . Hamboii hamboii kawan kawan aku ni dah feminin rupe nye .
Mana tak nya yang hok hok gangster dulu sekarang ni pandai dah nak jaga kulit la . Keluar hari tu pun mak aii eye shadow pink
gitu plus high heel 5 inci ! terkejut nyahh ~ ketinggian tuhh optical illusion semata mata hahaha .

Yang tak best nya balik balik kaki I ni pulak yang sakit plus tetiba sakit kepala . Adoii petanda 
apa laa ni and tiba tiba selesema  Haha aku rasa sekarang teramat laa comot dengan hingusnya mengalir tak berenti berenti Ya Allah teruk nya comot nya kau ni Mimi ! ~
Ishh time time result nak keluar ni laa jugak nak demam nya pungg nihh .
Takot meyhh tengok entry entry belog orang lain banyaaaak post pasal kegerunan result SPM ni
Huaaa takot nya .. Hmm gud luck laa tuk sesapa yang nak amik result SPM tu nanti by the way ni ada 
tips sikit sementara still ada berapa hari lagi nak amik result nihh .

  • Baca Al fatihah 
  • Ayat kursi
  • Al-Ikhlas
  • Al-Alaq
  • An-Nas
  • Berdoa dgn nama Allah
  • Lakukuan solat hajat
  • Bangun tahajud walaupun sekali
  • Dengan rendah hati mintalah sbg seorg hamba
  • Mulakan perjalanan ke sekolah dgn kaki kanan
Insyaallah kejayaan akan jadi milik kita . Allah akan bagi hasil nya setanding dengan apa yang kita
usahakan . Kalau dah berjaya tu jangan riak , sombong. takut Allah tarik balik nikmat tu tapi kalau gagal , tak bermakna akan gagal selamanya. Mungkin Allah nak uji kita semua yang berlaku ada hikmahnya
Apa apa pun harap kita dapat result yang GEMPAK lahh kan Aminn ~

Addict Berbelogg ~



Kenapa Blogwalking itu best ?
  • Dapat ramai kenalan
  • Dapat cuci mata
  • Dapat tarik pembaca
  • Dapat tambah ilmu
  • Dapat cari idea
  • Dapat muhasabah diri

Fuhh patut la orang kata berblogging ni bole addicted . Nampaknya aku pungg dah terkena virus
 berkenaan hahaha berjam jam aku tahan dok mengadap benda ni . Tapi best jugak blogwalking ni , meninjau pemandangan alam sekitar belog belog orang lain serta usha cik akak dan cik abang yang punya belog tuhh Eeii gatai sungguh awokk nihh ~ hihi gurau gurau manja gitu sat gi cik ikan buntal rambut pacak marah pulopp ke aku heee ..
 Di samping ituu , *aisehh ayat bolehh juga menapak kat belog orang lain usha usha tutorial yang best best . Plus bole tambah follower bagi newbiess macam aku nihh . Aktiviti blog-walk-ing-ing ni kadang kadang bole menimbulkan rasa jealous kut haha yela tengok belog orang lain lawa jea guna Washed Denim Template tapi aku guna template biasa jea Hailoo sumpah JEALOUS
Ishh blogger dashboard yg baru ni sangat la memeningkan kepala kan kann Nak edit apa apa jea semua kat HTML . Paling sakit hati edit punya edit lepas tu ERROR . Dah macam Syntac Error dekat kalat tu jea dahh Uhhh geram gila then lepaskan geram dengan tekan keyboard punya laa kuat bagai nak tercabut gamak nya *hihi geram punya pasal ni . okayy laa mau sambung berjalan jalan nak ikut mehh laa :)

Rindu Rindu ~



~ A friend knows the song in my heart
And sings it to me when my memory fails ~
 
 


Semalam Auffa text tanya nak join tak pergi karnival Mara dekat PWTC sabtu nii . Hahh apa tu ? *nganga sekejap Haha sebenarnya aku pungg tak tauu apa natang nya karnival ni . Entah macam karnival Jom Masuk U tu ke ? Yang karnival tu pungg aku malas nak pergi ni lagi laa dengan kegawatan ekonomi yang melanda aku semenjak 4 bulan yang lalu . huhh memang susah laa nak berjalan kemana mana kan Wuuu ke-sobbsobb-an laa aku sesorang tengok member lain sedap joli gaji depa aku pulak asyik perabih beras kat rumah hahaha
 Back to the storry morry aku pungg tanya laa Auffa ni haa siapa lagi yg pergi . *cehh padahal dalam hati ni bukan aku nak pergi sangat benda alahh ni eksyyen lebeyhh hihi Takde ahh rindu nak jumpa member member sekolah lama nii *excited excited 0_o " Ehh faa siapa lagi yang pegi ? Aku ikut major tauu kalau ramai pegi aku pegi laa " - Ohh ramai laa yang nak pegi Raja Mira Liya Pika Fana Zera haa abih semua dah aku sebut ~ Wahh ramai ramai laa best sebab lama gilaa dah tak jumpa korang kan . Last jumpa time bila ehh haha tak ingat tapi yang aku ingat time korang tegur aku dah tinggi Wahh wahh ! tinggi apa-kebenda-nya mehh datang sekolah aku aku tunjuk tinggi gergasi pungg ada meyhh hihi Entah bila lahh kau nak tinggi ni Mimi haihh rasa nya masa kecik kecik dulu selalu jea makan Appeton tuu . Isshh tipu betul -.- Dah dah okayy conclusion nya aku kena laa tunggu diorang confirmkan dulu mcm mana sebab aku bole jea keluar dengan bantuan rakyat yang akan diberikan pada aku oleh ayahanda ibundaku terr-awesome kelak ~


Sleeping Beauty ~



~ I'm not lazy , I'm just conserving energy ~
 

Haha sejak terkebelakang ini *cewahhh wabak kemalasan telah melanda laa . 
Aduhh memang musim ehh sekarang ? Nak update post pungg terr sangat laa gilaa malasnya aku nihh Ishh ishh ~ Bila tengah bosan bosan teringat kat blog , lepas tu bila dah sign in haa amekaww tak tahu nak tulis apa hoho *blank blank
Scroll punya scroll kat dashboard , ingat kan bole laa tengok post post yang best kea apa kea kann.. Haa last last sampai kesudah laa blogwalking nya post tak tulis tulis jugakk. Hailoo hailoo kadang kadang tu sampai tertido ohhh. *dasat sungguh naa
Ni pun sebab dah lama tak update tulis jela apa apa pungg walaupun hati I ni tak rela nyahhh ~ Haha mula mula jea bukan main semangat nak tulis haaa karang bila dah bukak mata pungg mula laa nak kelip kelip .. layu .. kuyu .. tupp ! haha tutup terus laa apa lagi tak bole nak tahan dahh .. 
Ni pun dah tak tau nak tulis apa okayy lahh takdak idea nak menggedik macam selalu . Nanti kalau idea datang kita sambung tulis okayy ~

International Women's Day ~







  • Tanggal 8 Mac 1857 satu mogok besar-besaran telah diadakan oleh beratus wanita yg menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York
  • Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yg mengeksploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah 
  • Masa kerja terlalu panjang dan keadaan suasana tempat yg tidak berperikemanusiaan
  • 5o tahun kemudian pada bulan ogos 1910 , Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarikh ini sebagai Hari Wanita Sedunia
  • Pada tahun 1957 , Bangsa Bangsa Bersatu mula merayakan 8 mac ini
: : PerutusanWanitaSedunia

Kini , tujuan sambutan Hari Wanita Sedunia adalah untuk mempromosikan langkah mengetatkan undang-undang dalam menangani isu wanita contohnya isu pelaksanaan undang syariah di mahkamah syariah . Selain itu memberikan fahaman kepada orang awam mengenai agenda wanita untuk perubahan seterusnya bertujuan untuk menyedarkan wanita betapa perlunya hak sebagai seorang wanita   


Nabi Muhammad dan Wanita

Nabi Muhammad menjadi contoh ikutan kita semua. Nabi suruh wanita menutup aurat bukanlah kerana mahu mengurangkan hak wanita untuk dedah sana atau dedah sini . Tetapi meninggikan martabat wanita beriman itu menjadi seumpama mutiara yang tidak ternilai . Dalam sejarah, Nabi tidak pernah memarahi dan memukul isteri-isterinya. "Dikalangan lelaki, akulah yang terbaik melayan isteri". Syurga anak-anak berada di bawah telapak kaki ibunya

# SelamatHariWanitaSedunia #

Fact about Februarians ~



Tadi kan aku godek godek laa cik Google lepas tu tetiba terjumpa ni --> Perwatakan Melalui Tarikh Lahir Wahh bole percaya kea ni entah la aku pungg percaya gitu gitu aje laa . Okayy jom kita tengok ada tak yang sama kayy Here we go ; -

~ FEBRUARI ~

  • Berfikiran abstrak *aku ingat lukisan je yg ada abstrak.
  • Bijak dan pintar *I'm just like an ordinary teens
  • Perwatakan mudah berubah ubah *okayy i think so
  • Mudah menawan orang lain *err.. not my fault kayy ?
  • Agak pendiam * dalam mulut aku banyak emas laa
  • Jujur dan setia pada segala galanya *hubby aku tengok ni mesti kena kutuk kawkaww -.-
  • Keras hati *ohyeahh itu memang terr sangat betul
  • Mudah memberontak apabila dikongkong *hempas pintu ~
  • Suka benda adventure *ohh yes yess
  • Emosi mudah terluka *memang kuat sensitif pungg
  • Mudah mempamerkan marah *Aang kata aku garang . garang ke ?
  • Tak suka benda remeh temeh *serious talk !
  • Suka berkawan tapi tak tunjuk *pemalu kan hahaha
  • Bercita-cita tinggi , kuat berangan *kuat imaginasi mcm spongebob :o
  • Suka hiburan dan sukan *boleh laa
  • Sangat romantik pada dalaman bukan pada luaran *susah nak tunjuk la ni
  • Boros *frankly speaking , YES ~ haha
  • Sifat cemburu yang amat tinggi *ehh biasa lah perempuan hee .

Haha so mostly fact yang dekat atas ni 99 percent NO DOUBT memang betul laa lagipun ni hasil kajian Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah takkan laa dia keluarkan statement yang tak betul kan .
Hmm till then .  dah tak tau nak tulis apa ni kekurangan idea plus sumber inspirasi aku tengah buat pakatan merajuk dengan aku haihh sabar sabar Mimi dia nak mengada dengan kau tu so layan kan aje lah ehh ~

I want someone that loves me for who I am but somehow still inspires me to be a better person
 
Guess what ? I've found him

Through the Life



~ Life is a pen , easy to cross out the past but hard  to erase it ~

Ishh apesal laa semenjak dua menjak tiga menjak ni asyik mengidam MAGGI jea oh noo ! petanda apekah ? Haha stop it . Nonsense okayy -.- Entah macam la tak ada nasi maggi jugak yang dicari nya . Ohh maybe I miss my hostel life DAMN muchhie Hoho ! Lama dah tak makan maggi dengan korang seriously rindu weyhhh ~ Paling tak boleh blah time puasa laa memang gila makan beramai ramai kan . Alahhh kita kita jea kan haha :D Adoii tiba tiba rindu nak pergi sekolah sama sama pergi kantin pergi koop pergi DM pergi kelas pergi tandas pergi dewan . Waahhh wahhh yang paling rindu kita usha crush laa apa lagi kan kan hahaha ~ Rindu nak balik prep sesama dengan hubby aku si ikan bilis ni sebab aku selalu pauu dia aiskrim Ehh ehh bukan aiskrim malaysia tu aku demand cornetto weyhh Haha kopakk laa duit dia kalau hari hari balik prep dengan aku . Hee ~ kadang kadang jea mokk kan kann ? Ehh ada lagi yang aku rindu , ni haa aku rindu locker baju aku kat dorm yang tersangat double-woww lawa tuhh Huhu nak banding wardrobe aku kat rumah ni , locker kat asrama tu 1ooo kali jauh lagi cantik dari ni tauu ! -.- Dah la gambar aku dengan Epa *adik dorm terr kiut miut* tertinggal kat locker tu Wuuu sedih sedih :o

 Hostel life means gossippingovernightingtalkinglaughingadmiringflirtingsharing

And sekarang aku ada hobi baru -- Baca old conversation text aku dengan hubby aku sebelum tido . Whatt ?? Woahhh gila angau kauu ni mimi Sumpah dah parah gilaa nii -.- Alaa nak buat macam mana dah laa lama gila tak jumpa ni and I believe in Long-distance Relationship Insyaallah kalau masing masing setia , pandai jaga diri tak kan jadi apa apa laa dekat hubungan tu kan :) Haha kalau ada jodoh nanti satu hari nanti kita akan jumpa jugak kan . sabarlah wahai hati Aku jumpa hubby aku ni nanti aku kidnap dia bawak balik rumah simpan dalam almari *Ehh tak muat sebab awokk terr sangat laa tinggi melangit tahu ! Hoho

And in the end , it's not the years in your life that count .
It's the life on the years .

Kinda Heartless :/

Sometimes, I'm pretend I'm okay .
So that, I don't have to annoy people with my problems .
Hmm Okayy listen to me , I'm sorry for what I did before You know the reason WHY  though and yeahh I messed all it up and we all did mistakes . I had no idea what i was getting myself into that hell things Urghh !!
I hope you can put this matter behind us and HOPEFULLY those incidents that make our bond stronger than ever ~
Seriously masa tulis entry ni I don't have any feeling at all Terasa macam aku blank plus hilang ingatan sekejap agak nya kalau apa apa jadi kat aku sekarang aku redha jea . Sedih sebak perasaan bercampur baur semua ada . Kadang kadang sampai aku sendiri dah tak tahu nak buat apa dah . Just feel like I'm dying slowly . .

Sebenarnya aku takut yela kan orang selalu cakap kalau couple lama lama ni, nanti dah kahwin mesti dah bosan. Yelah, kita dah kenal orang tu, dah tahu semua pasal dia, dah jemu kot tengok muka dia selalu kan ? *wipe tears hmmm. Betul jugak tu. Tetiba aku speechless bila dengar kawan aku cakap macam tu. Aku takut Aang bosan dengan aku, lagi lagi aku selalu ignore dia ,selalu sakitkan hati dia , selalu sangat buat dia jealous . Kenapa lah ni. Hmm. *peluk Domo  kadang kadang aku rasa aku patut mati je, so takda lah sesapa akan sakit hati kan? Takda lah Aang rasa macam ni, mesti dia bosan kan. Childish sangat kau ni Mimi  benda ni pun nak touching touching bagai .

For a single moment I want to feel like the universe isn't about to crush me and my heart isn't about to explode.
I wanna tell you how much I love you and ask you please not to leave me
Please? :'/ bila kita dah sayang someone tu, susah kita nak lepaskan dia kan ? susah kita nak lupakan dia . Banyak kenangan kita dengan dia semua .Yea, aku pernah rasa. Macam mana perasaan bila orang yang betul betul kita sayang, orang yang betul betul kita rely on tetiba tinggalkan kita , ignore kita I've experienced it . It's hurt. That's why bie kite taknak rasa benda tu lagi. Kite mintak maaf selalu sangat buat macamni kat bie selalu sangat ignore bie kan :'/  I'm so sorry. I can't please you like anyone can do! I' m suck ! Yes, I am but please, jangan tinggalkan kite kayy ? :'/

I really don't know what I felt right now. Heartless ? Worthless ? Useless ? Yes, I do feel ! It just . . . hmm ? I' m sick of trying to please everyone honey, especially you, but the end all I know is I just hurting them . Hurting you :/ I'm tired of crying , yeah. I'm smiling but deep inside I'm dying ! I don't feel you will ever want to love me till the end of time after what I've done to you, teruk kan kite ? hmm *tears burst*

It's okay . Don't cry, stay strong . Fake a smile and move on ! :| takkan lah dia nak layan kau 24 jam kan ? Kau baru gf dia kayy , he needs some times with his friends, like you do . So, just let it be takpe lah kalau dia tak layan kau pun, biasa biasa kan lah, nanti pun bila sama sama dah further study, dia busy, mesti tak terr layan kau punya. So , start lah rasa dari sekarang Seriously bie layan kite dah cukup sempurna dah cuma kita dua dua tak tahu dekat mana silap nya kan It's okay dear I will be okay Yes I'm okay I will try
 
I wish I don't care enough bout this things . Hmm

Unforgiveable Night



Pejam celik pejam pejam pejam celik celik dah 3 bulan 3 hari aku memegang jawatan sebagai pelajar lepasan SPM . wohoo tahniah tahniah ! -.- Dan selama ini juga lah aku telah menjadi pekebun anggur yang termahsyur lagi gah seantero dunia *tak habis habis lagi bangga :p Hahaha tak lama lagi result nak keluar dah Wuuu takut nyahh ~ semalam tetiba terpikir kira dah banyak laa kan aku buang masa . Haha chill lahh lepas masuk u nanti baru aku tau laut tu luas kea tak * ehh ada kena mengena tak hantam saja lahh labu ~ Sebenarnya subjek yang aku takot kantoi  is subjek sejarah Wuu wuuu gila kentang Mister Potato cakap sama u ollss ~ Memang time subjek tu , malam tu tak tau laa aku study kea tak Hahaha dah pukul 12 baru nak start bukak buku hoho banyak lagi chapter tak cover lagi woiii ! Dan dan bukak page depan cacing kerawit dalam perut aku ni haa merengek pulak duhhh satu hal laa pulak . takpe laa dengan kemalasan yang melanda pergi la buat hot milo sebab nak bagi cacing kerawit aku ni kenyang dulu kan -.- okayy dah kau duduk diam diam kat situ ~ Tetiba rasa lapar okayy takpe laa sebelah tangan pegang buku sebelah lagi pegang la segala jenis makanan yang ada . Aduhh tak bole nak concentrate laa mcm ni kena makan elok elok dulu ni tak asyik nak mengunyah jea otak dah entah kemana . Huh lega dah kenyang then study laa mcm biasa and then tetib ada bunyi bising gila Hell what ? kucing gaduh laa pulokk eeii geram gilaa rasa nak campak jea botol nutella tu biar kena sekor sekor Haha hilang mood nak study . ''. . Alaa dah tak payah tension tension aku dah stop study ahh esok aku redha jea.jum main game kat phone aku. . " Okayy credit to NURUL HUDA sebab dah berjaya pengaruh minda aku Hahaha DOUBLE-PEACE aku bagi kat dia terbaik laa sayangg intan payung berlian aku ni so aku pungg stop study and start main game Tengok tengok jam dah pukul 4 setengah haa mula lah menggelabit banyak lagi tak baca . Haha terpaksa laa tahan mata baca selagi yang mampu kan . At the end of that night , aku tak tido disebabkan banyak lagi tak baca plus kucing kucing yang telah memporak-perandakan hidup aku pada malam tu .

The End

Kemas Kemas dan Kemas ~



Err errr err .. Alaaa sebenarnya tak tahu nak tulis apa ni dalam tempurung kepala ni seriously kosong sifar zero Urghhh apa nii apa nii ! Hmm okay la tetiba rasa macam nak cerita apa rutin harian yang aku buat sepanjang menjadi surirumah tegar serta kejayaan aku menjadi seorang penanam anggur yang berjaya puihh puihh ! haha -.- Yela disebabkan cita cita aku yang sangat besar untuk menjadi seseorang yang berjaya seperti yang telah disebutkan di atas , aku terpaksa laa buat kerja alaa yang  macam mak mak tu contohnya sapu sampah mop lantai sidai kain basuh kain basuh pinggan tu semua laa . Ini pun hasil dorongan Hubby aku yang bertungkus lumus kejutkan aku and ajak kemas rumah sesama Aloloo sweet nya awokk ni *walaupun kadang kadang bukan nya aku bangun pungg hehe :p Selalunya dia dah habis kemas rumah baru lerr aku nak start hahaha . 

Tapi kan aku ni ada satu habit yang bila mana nampak jea benda tu bersepah , aku akan terus BUANG . Haha itu laa masalahnya sape suruh letak rata rata so kalau rasa benda tu nak guna lagi pandai pandai ahh simpan elok elok molek molek . Apa ingat aku ni apa nak jaga semua benda dalam rumah ni cehh mentang mentang aku duduk rumah kan . *marah nii marah nii ~ Haa salah satu contoh terdekat is adik aku . Dia laa yang paling tak pandai nak jaga barang suka letak barang merata rata . Mengarah pandai suruh aku kemas bilik dia okayy tu tak kisah laa tapi bila bila ada barang hilang jangan nak ngada ngada tanya aku hahaha Confirm confirm laa dah mendarat kat tong smpah . Sebab tu laa kadang kadang mak aku akan check balik barang barang yang aku nak buang and then dia akan cakap ". .  laa kenapa buang ni boleh guna lagi simpan je bla bla blaa . . ." Abih tu dah tau bole guna sepah rata rata kenapa and bila mama aku cakap bole guna lagi , bermakna benda tu akan disimpan sampai kesudah dan akan diGUNAkan LAGI mungkin 5 tahun akan datang -.- Daripada buat semak rumah aku yang memang dah semak samun lebih baik buang aje kan Semak mata memandang semak lagi hati aku ni haa yang penat penat kemas ~ Moral of the story ialah Jagalah benda yang anda sayang sebelum saya nampak dan buang nya ke dalam   ~

Yang menjalankan tugas, 
                 Pengurus Majlis Bandaraya yang Comel.

No Money ? Talk To My Hand ~


* I Like Money but Money Doesn't Like Me *

". . .Ehh korang korang jum lepak midvalley sabtu ni bowling bowling tengah hari lampu disko warna warni ooohh , then makan jalan jalan window shopping bla bla bla ... " -micak buat cadangan . Okay korang LISTEN ! LISTEN ! LISTEN ! Sorry korang seriously tak bole nak join sebab tengah miskin tahap kedana poket kering kontang dah ni Wuuu Wuuu : / Gila lahh mentang mentang kawan kawan aku ni loaded loaded Aiyooo 0_o Jap jap aku tengok purse * Fuhh fuhh berabuk dah ni * bukak bukak Wehh apesal lalat jea yang terbang ni ~ Gila sadis hidup aku sekarang Wuuwuuu sobb sobb Aku tengah tunggu sekebun durian runtuh tapi tahun bila nak runtuh pung aku tak tau Tak pun tunggu jela duit tu keluar dari celah celah dinding rumah aku ni kea Woaahh gila awesome ~ -.- Haha apa boleh buat dah kerjaya aku sebagai surirumah tegar dah sebati dalam diriku ini *ayat redha jea Takpelah nak buat macam mana kan practise jadi wife orang apa salahnya Kalau aku kerja pung siapa nak sapu sampah mop lantai basuh kain sidai kain tu semua kat rumah ? sebab mama aku pun kerja so aku la kena buat semua ni . Ehh actually kan kat area rumah aku ni ada 99 speedmart baru bukak tauu and of course laa dia nak cari pekerja kan Dalam hati aku yang ada taman bunga serta rama rama yang berterbangan ni ada la jugak nak kerja kan tapi takpe lah nanti takde siapa pulak nak buat kerja rumah semua ni Yela ma aku penat penat balik kerja kena masak kemas rumah lagi Haihh kesian la kan so aku pendam kan jela hasrat hati nak kerja ni Wuuuu : < Maybe ni jela cara aku nak berbakti kepada kedua ibu bapa ku serta menjadi anak solehah puihh *Ayat mintak nak kena rejam dengan selipar jepun budak nihh ~ Haha nak buat cane kan Okayy berbalik kepada cerita diatas , sememangnya aku tak boleh join korang disebabkan masalah kewangan dan kegawatan ekonomi serta krisis hidup yang dialami oleh aku : 3 Minta maaf sangat sangat Yela aku nak topup pun terpaksa mengendeng ngendeng mintak simpati kat mak aku . Haha lagi satu kes time adik adik aku nak pergi sekolah then mama pesan jangan lupa bagi duit belanja Wahhh masa tu serious rasa nak nangis sebab aku sendiri tak dak duit dalam tangan memang ada telur ayam jea woihhh RM o.o1 lepas tu korek korek ada lahh jugak duit Fuhhh ~  
Aku hanya mampu menunggu duit jatuh dari langit -.- 

Sekian , nukilan hati seorang penanam anggur profesional .

People Change , Memories Don't



WEBMISTRESS vs WEBMISTER
 

Kali ni nak post pasal apa ehh ? Aduhh idea idea please come to this super- duper cute little blogger puihhh ! haha seriously takdak idea nak tulis apa tapi disebabkan Hubby aku ni angin dia dah macam bertiup sepoi sepoi bahasa dah buat aura aura merajuk sentap gitu terpaksa la jugak gagahkan mata aku yang dah nak rabak tak tido tido dari 4 pagi tadi Wahh wahh dear mata yang cantik menawan , please be nice to me o.0 hahaha . Kali ni nak cerita How I met My DROP-DEAD Gorgeous Hubby nihh auww auwww gitu lohh :* Nak kata love in the first sight pun takde la jugak kan sebab berapa kali aku tengok dia tapi tak jatuh jatuh pungg Haha . lama lama tu baru laa fell in love-ly :D jangan nak sweet sweet ngat aihh ~ * Muntah pelangi Okay la first time kenal dekat facebook Wahh cinta mukabuku lah konon konon Pelik kan satu sekolah satu batch tapi dekat facebook jugak kenal nya Haihh yela masa tu aku freshie kat SERATAS ni memang tak menyempat pun nak usha sesiapa even batch sendiri . So sebenarnya dalam diam diam Hubby aku ni admired kat aku * ececehh bangga sekejapp Tu pun based on apa yang diceritakan oleh Hubby aku laa ni pun aku ulang tayang balik jea apa yang dia cakap ni . And then our puppy love begin .. Masa tu aku anggap cinta masa sekolah ni cinta monyet jea yela sebab tu masa tu fikir nak seronok aje kan . And aku fikir ishh macam complicated jea long distance relay sebab Hubby aku ada cakap dia takut dia jea yang bertepuk sebelah tangan and aku pun dengan selamba badak yang tak ada perasaan cakap dekat dia Don't hope on me too much Ya Allah kejam nya aku mesti masa tu dia rasa macam HOPELESS gila dah kan . *sorry my dear . After a couple month Hubby aku ni tunggu sampai ada part yang dia frust menonggeng gila , finally He's MINE ! He stole my heart and I'm planning for revenge so I'm going to steal his last name . Haha mula mula couple tu memang la sweet sweet bagai sampai kalau ada lori depan mata pun tak pandang dah Konon dia la paling handsome kan hahaha Bila ingat ingat balik kan adalah dalam 5 bulan knowing each other baru lahh berani nak calling calling wahh wahh betapa lama nya tu kan Haihh nak buat macam mana kan yang sorang tu malu malu yang sorang lagi pulak jual mahal * Ishh ishh siapa lah tu kan Lelaki ni senang rasa tercabar ? Betul kea entah la sebab aku bukan lelaki so kena la tanya yang tuan empunya badan sendiri kan  Perasaan aku ? Haha memang la jual mahal padahal dalam hati ni malu tapi mahu Cehhh masa ni dalam hati ada bunga bunga laa jugak even belum couple lagi tapi we were really closed dia ni macam teman tapi mesra aku lahh gitu haha . Seriously we had go through many obstacle but yet we still getting back and loving each other . I'm the most luckiest person as I've been given someone that mean so much to me ! 
Dear You,
       I am strong enough to remain FAITHFUL in a long distance relationship .

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

So kali ni bermula lah pengembaraan seorang lelaki yg bertungkus lumus untuk mngambil hati orang punya blog ini ! hahahaha...*macam pelik kan ==" .Sebenar benar nya aku ni webmister  blog ni *eceewahh :p Alaaa ni pun terpaksa dan dipaksaan oleh hunny saya ni. Nasib baik la sayang,kalau tak titew tak main la blog blog ni aihhh.hahahah. Entah pape la nk tulis ni,err...emmm..ishhh..alaaa..aihhh..*bnyak ngat aihh mngeluh ni . Okay daa dpat dah idea ni *wink wink Haa,sbanar nya cita dia lagu nihh . First meet la katakan waktu prjumpaan hape idok teman pun tak tau laa. Teman nengok le si hunny ni. Amboih kerek nye dia ni *hati berkata kata la sngat Lepas tu idok brani le teman nok negur si dia ni sbb malu satu ehh bukan satu je mcm mcm prasaan  kuca kacir hape entah :p Waktu tu takde prasaan lagi and then satu hari ni.(ringkasan) teman mintak la number tapi tak di layan. takpe la nk buat mcm mna kann. Lpas tu ber IM aje di mukabuku. Lame la jgokk sampai satu hari tetiba dpat number tu *dari langit kot :p Dah dpat number fon tu okay texting mcm biasa lama la jugak sehingga terkeluar sesuatu perasaan yg dipanggil C I N T A *wahh wahh !! Kat situ la bermula nya titew nk flirt kan hati nya tapi tak dapat. And macam macam la sampai la jadi Sebuah couple :p and so on and go on and on line ==" Tapi dasyat gila relay ni,bnyak kali dah kecundang tapi still getback. And lastly kite pungg menganggap relay ni Insya-Allah bole kekal dngan izin Allah S.W.T. hahaha, first time tulis blog and feel ohhsem dude :D Cukup la ni nnti nnti la pulokk yea mana tau idea mencurah ke ladang gandum nanti bole la tulis smpai blog ni pungg takde space nk tulis dahh
  
things end but memories last forever  
Tak ada peraturan dalam dunia kalau kita suka ada seseorang, seseorang tu kena suka pada kita balik. Ada jodoh, adalah. Tak ada jodoh, kawan saja.

Allah janjikan bahagia itu untuk semua ツ

Deep Inside


~It SUCKS when you're being ignored by the person who adores you~

Tetiba rasa sedih pulak bila hubby aku cakap dia rasa macam aku dah IGNORE dia . Yeke ? But i dont think so sebab aku pulak rasa sebaliknya  Aku rasa aku yang kena ignored. Ehh ehh pening la siapa yang ignore siapa nihh adoyaii -.-' Tak kisah la tapi totally its tough when someone special starts to ignore me and its even tougher to pretend that i dont mind Urghh sobb sobb :'( yelaa kadang kadang maybe kita dah biasa rasa dia bagi fully attention dekat kita and bila terkurang sikit mula lah rasa being ignored. Hubby i thought that it comes when we had a little argument that day bout _____ right ? Act kite pun rasa benda yang sama laa sekarang ni pun bila nak cakap rasa macam i have to really mind my word sebab takut awokk terasa hati so the best things is SILENCE-TREATMENT maybe ? lagipun ni semua salah aku Eeeii bodoh betul pergi buat benda yang kalau aku sendiri kat tempat dia pun aku akan TAK SUKA . This time I admit that 1oo percent is all my fault . Repeated - MY FAULT ~ What i can do is just say sorry Ehh ingat dengan SORRY tu everything will be back to normal ?? okayy la maybe tak semudah tu nak lupakan tapi seriously i have no idea a to bring everything back to normal . __ . Apa lagi yang aku boleh buat haihh serba salah aku dibuatnya takpe la aku akan cuba treat him like usual as i love him as muchh as before :) Not much to say , A relationship with no trust is like having a phone without service , you just play games . Sometimes I gotta accepted the fact that certain things will never go back to how they used to be .


Simple Rules For Long-lasting Relationship

  • Don't ever give up
  • Don't be too emotional
  • Don't make things complicated
  • Don't be a grown up
  • Don't take things too seriously 
We are not couple but yet loving and comforting each other

' ... cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan dia sebelumnya . Kisah silam tidak perlu diungkit lagi jika kita betul betul ikhlas menerima nya.... '

Love Knows No Distance


Things I Love About You
  •  Your smile
  • When you call me every night
  • When you say I Miss You  
  • Hearing Your voice before I go to sleep
  • Your 'Yayang,bangon' text
  • Your laugh
  • Your voice
  • Most importantly I do love everything about you
Cinta Pertama adalah Kenangan
Cinta Kedua adalah Pengajaran
Cinta Terakhir adalah Selamanya 
 
Wahh apa ni cakap pasal cinta cinta ni haihh nasib laa dah habis sekolah *Haha perasan diri dah besar sangat. Okay la apa tu Long Distance Relationship? Alaa cinta jarak jauh lebih kurang macam tu la meaning dia. Guess what sebenarnya aku sendiri tak percaya long distance relay ni tapi last last kena kat batang hidung sendiri. AUCHH ! Haha tu masa dolu dolu yelahh masa fikir nak seronok jea but now sekarang dah  pandai dah berangan nak ada future life semua tu ~ omaigodd omaigod omaigodd! ~ Sebenarnya tak ada lah complicated sangat relay macam ni sebab bagi aku Distance doesn't matter if you really love the person, what matters is your honesty and trust for the relationship to work outTak kea rasa bila dah jauh tu baru laa ada rasa rindu kan? Ni asyik tengok muka cekodok dia hari hari pun boleh muntah jugak haha *Sorry bie I didn't mean its youu okay :D Haha walaupun hubby aku ni selalu laa jugak berangan kalau duduk dekat boleh la selalu jalan jalan kat taman laa apa ingat ni zaman 8o-an ke Seiring Sejalan Seindah Bunga Di Taman tu * Haha kesian hubby dipersalahkan lagi . Sekurang kurangnya boleh laa elak kita daripada buat benda yang tidak elok lagi kurang manis kan . Kadang kadang memang la terasa rindu gila macam nak GO DIE tapi nak buat acano den tahan jelahh.
Ada jugak orang cakap relay macam ni senang. Senang nak curang OhMyyyy ! tak jugak depends dekat how they manage on their relay jugak. Kalau one side jea yang asyik terus jaga terus nak pertahankan tapi the other side pulak buat tak tau jea tak boleh jugak kan :) Alaa sekarang kan banyak jea kemudahan such as SKYPE WHATSAPP VIBER *sekarang aku pengguna setia benda alah ni hahaha Alaa macam macam lagi laa kan benda ni pung free jea tapi nanti bil letrik laa kan yang tinggi dok pasang WiFi ni siang ke malam ke siang balik Hee ~ Dapat la jugak lepas rindu daripada tak dapat langsung kan. Aku pung dah lama gila tak jumpa Abang Sayang aku ni Haiyoo lama dah dekat 3 bulan haha nak buat macam mana dah jodoh jauh. Jodoh kea? Insyaallah hanya mampu berusaha dan berdoa untuk terus kekalkan hubungan ni Together Forever, Never Apart, Maybe In Distance, Not In Heart
~ Doaku untuk mu ~
Ya Allah sekiranya _____ adalah jodohku ,
kau kuatkan lah jodoh ikatan kami ini .
Namu andainya ______ bukan jodohku
maka kau temukanlah aku dengan orang
yang lebih baik untukkku
Allahumma amin
Allahumma amin
Allahumma amin 
Allah has already written the name of your spouses for you . 
What you need to work on is your relationship with Allah .
He will send Her / Him to you when you're ready .